Isu stoking: Polis ingatkan orang ramai jangan ambil tindakan sendiri

Shopee Sale

Bukit Aman memberi peringatan yang polis tidak akan teragak-agak bertindak terhadap mana-mana pihak yang mengambil tindakan sendiri berhubung isu penjualan stoking memaparkan kalimah Allah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata orang ramai menyerahkan soal penguatkuasaan undang-undang kepada polis.

Dia turut menggesa orang Islam agar lebih bersabar, terutama ketika bulan Ramadan.

"Kita sudah siasat dan sudah ambil tindakan bawah undang-undang.

"Saya rasa biarlah kerja menguatkuasa undang-undang diserahkan kepada pihak berwajib. Jika ambil tindakan sendiri, ia tak akan redakan keadaan, sebaliknya memburukkan keadaan.

"Ini bulan puasa yang barakah. Ya, kita (orang Islam) tersentuh tetapi negara kita ada undang-undang," katanya dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini.

Shuhaily diminta mengulas insiden berkaitan penjualan stoking tersebut baru-baru ini, yang menyaksikan ada kumpulan yang berdepan dengan individu yang membuat komen yang dianggap menghina kepada orang Islam.

Shuhaily

Ia termasuk melibatkan seorang lelaki di Kuala Lumpur, yang memohon maaf dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mungkin anggota pertubuhan silat. Maklumat peribadi lelaki terbabit juga disebarkan meluas di media sosial, termasuk alamat dan nombor telefonnnya.

Hari ini, lelaki berusia 35 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

'Negara ada undang-undang'

Mengulas lanjut, Shuhaily memberi jaminan polis menyiasat setiap laporan yang dibuat.

MENARIK:  Perincian bantuan Sara dan STR dalam Belanjawan 2025

"Sekiranya berlaku jenayah, ugutan dan sebagainya, maka ya (tindakan tegas akan diambil). Atau jika ada laporan polis (terhadap mereka).

"Negara ini ada undang-undang. Anda langkaui undang-undang, anda kena bayar harganya."

Dia juga berkata tiada laporan dibuat berhubung ancaman untuk membakar kilang yang membekal stoking tersebut.

Shuhaily turut menasihati tokoh agama di negara ini agar tidak mengapi-apikan isu tersebut, terutama selepas pihak berkuasa mengambil tindakan.

Mereka perlu memainkan perananan untuk meredakan keadaan, bukannya memarakkan lagi kemarahan, katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular