Jagdeep mohon lanjut cuti atas nasihat doktor

Shopee Sale

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakitnya hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi menjalani rawatan lanjut.

Ketua Menteri Pulau Pinang , Chow Kon Yeow, berkata Jagdeep yang sedang bercuti sejak 22 Julai telah memberikan maklumat terkini mengenai cuti sakitnya pada Jumaat lalu.

"Beliau memaklumkan bahawa dirinya kini berada dalam keadaan baik.

"Atas nasihat doktor, beliau telah memohon supaya cutinya dilanjutkan hingga 9 Ogos nanti.

“Maka saya bersetuju supaya cutinya dilanjutkan bagi membolehkan Jagdeep meneruskan rawatan diperlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 22 Julai lalu Bernama melaporkan Jagdeep mengesahkan dia bercuti kerana menjalani rawatan buku lali, sekali gus menafikan dakwaan kononnya diarahkan bercuti daripada menjalankan tugas pentadbiran negeri.

Jagdeep, 53, yang juga Adun Datuk Keramat dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II sejak Ogos tahun lalu .

MENARIK:  Saya tak arah bubar pasukan petugas 1MDB - Najib

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular