Jatuh kren, dua pekerja warga Indonesia maut, seorang parah

Shopee Sale

Dua pekerja warga Indonesia maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai terjatuh daripada kren, ketika melakukan kerja mengecat bangunan kuarters di Presint 8 di Putrajaya, hari ini.

Pada kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berada dalam bucket kren tersebut untuk mengecat bangunan, terjatuh daripada ketinggian aras tujuh bangunan berkenaan, selepas kren itu terbalik.

K

etua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Sukawan Wilkhan, 54, dan Danianto Yusak, 53, manakala seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Yasin, 56, cedera parah.

“Siasatan awal dapati kemalangan berpunca apabila jek hidraulik jentera terbenam dalam tanah dan menyebabkan kren hilang keseimbangan lalu terbalik.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berada di atas bucket kren untuk kerja mengecat bangunan,” katanya ketika dihubungi ari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa kini dibawa ke Hospital Putrajaya bagi rawatan serta bezah siasat.

Sementara itu, Pengarah Bomba Wilayah Persekutuan Putrajaya Abdul Manaf Che Isa berkata seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan 14, dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.30 pagi.

“Anggota membantu Kementerian Kesihatan dan polis mengangkat mangsa untuk dibawa masuk ke dalam ambulans dan kenderaan polis.

MENARIK:  Penjawat awam Kedah terima bantuan khas RM2,000

“Anggota turut melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan cat di lokasi kejadian dengan menggunakan satu aliran air daripada tangki jentera sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata seorang anggota bomba yang berada di luar penugasan turut membantu sewaktu awal kejadian, dengan memberikan bantuan kecemasan menerusi Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa terlibat.

“Siasatan kes berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya menambah operasi di tempat kejadian tamat pada 10.57 pagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular