Jawatan persiden Bersatu tak dipertandingkan pada pemilihan Okt ini

Shopee Sale

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menetapkan jawatan presiden parti tidak dipertandingkan pada pengundian parti Oktober ini, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan kelmarin, selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 Nov lepas yang sebulat suara memutuskan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden parti bagi pengundian akan datang.

Katanya Bersatu juga kekal mengikut Perlembagaan Parti bagi mempertandingkan jawatan-jawatan lain dan calon yang berhasrat untuk bertanding perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.

“Mesyuarat turut memutuskan tarikh persidangan peringkat cawangan pada 20 Julai hingga 31 Ogos ini dan peringkat Bahagian pada 12 hingga 26 Okt.

“Sementara itu, Perhimpunan Agung Sayap Bersekutu dan Srikandi Muda (28 Nov), Perhimpunan Agung Sayap Armada dan Srikandi (29 Nov) dan Perhimpunan Agung Tahunan (30 Nov hingga 1 Dis),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, Hazmah berkata Bersatu turut melantik Datuk Dr Radzi Jidin serta Abdullah Omar Bledram sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Putrajaya dan Ketua Bahagian (Penaja) Labuan yang baharu.

MENARIK:  Kes bunuh pelajar kolej vokasional disebut semula 27 Jun

Pada masa sama beliau berkata mesyuarat turut membincangkan status tujuh bekas wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha agung parti diarah membuat tindakan susulan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular