Jawatankuasa khas bincang respons 7 wakil rakyat Bersatu

Shopee Sale

Satu jawatankuasa khas akan membincangkan respons yang diterima daripada wakil rakyat Bersatu, termasuk enam ahli parlimen dan seorang Adun yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Difahamkan surat yang diterima Setiausaha Agung parti, Hamzah Zainudin daripada tujuh wakil rakyat itu tidak memuaskan, lapor FMT.

“Jawatankuasa akan bermesyuarat memutuskan langkah seterusnya,” kata Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kepada portal berkenaan.

Wan Fayhsal bagaimanapun enggan mengulas lanjut, kerana tidak diberi mandat untuk berbuat demikian.

Dua minggu lalu, Hamzah berkata arahan bertulis telah dikeluarkan kepada wakil rakyat Bersatu agar menyatakan kesetiaan kepada parti itu, termasuk enam ahli parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Anwar.

"Khusus kepada enam orang yang diumumkan untuk menyokong sebelah sana (blok kerajaan), ada beberapa arahan tambahan yang kita berikan kepada mereka.

"Mereka tahu dan cuma rakan-rakan media boleh bertemu dengan mereka, tanya apa arahan khusus yang telahpun saya sebagai setiausaha agung berikan selepas menerima arahan daripada MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu)," katanya.

Hamzah berkata ahli parti perlu melaksanakan arahan tersebut dan membalas surat dalam masa 14 hari dari tarikh arahan diberikan, iaitu pada 17 Mei.

Ini bermakna tarikh akhir untuk menjawab surat berkenaan ialah pada hari ini.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim ( Gua Musang).

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari turut mengumumkan sokongannya kepada Anwar.

Pada 17 Mei, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata parti itu bersedia untuk memfailkan notis kepada Dewan Rakyat untuk mengosongkan kerusi enam ahli Parlimennya yang menyokong Anwar.

MENARIK:  Park Jaehong ketua jurulatih baru KDNFC - Rozi

Pada 5 April, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap tujuh wakil rakyat itu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum itu meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu, yang membolehkan parti itu mengambil tindakan terhadap enam wakil rakyatnya. Di bawah pindaan baru itu, wakil rakyat berkenaan perlu segera mengosongkan kerusi mereka.

Pindaan Perkara 10 perlembagaan Bersatu menetapkan perkara mengenai peletakan jawatan dan pemecatan ahli parti.

Selepas pindaan diluluskan, mana-mana wakil rakyat Bersatu yang melompat parti secara automatik akan terhenti menjadi ahli parti.

Dengan berbuat demikian, mereka juga akan menyebabkan undang-undang anti-lompat parti berkuatkuasa mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan perlu mengosongkan kerusi mereka.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular