‘Jemputan ahli politik sertai program sekolah perlu patuhi garis panduan’

Shopee Sale

Sebarang jemputan untuk menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan di sekolah melibatkan orang kenamaan termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO), mesti mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementerian tiada halangan untuk sesiapa sahaja menghadiri program di institusi berkenaan, namun perlu mematuhi garis panduan tersebut selain mendapat pengesahan dan kebenaran daripada KPM.

“Saya tegaskan kembali, apa sahaja jemputan untuk pergi ke program sekolah, perlu patuhi garis panduan...jadi ada prosesnya, kena ikut la proses tersebut...KPM tiada halangan, kena semak sama ada garis panduan itu dipatuhi atau tidak. Kalau ia dipatuhi, kita tak ada masalah.

“Kita memang tegaskan berulang kali, iaitu mesti ada kebenaran, mesti ada permohonan selain pihak yang nak jemput itu mesti mematuhi garis panduan itu,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja dan pembukaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagga di Port Dickson hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang mendakwa dihalang untuk hadir dan merasmikan program melibatkan pelajar di sekolah.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata semua pihak perlu memahami bahawa apabila membabitkan sekolah, perkara yang paling diberikan keutamaan ialah aspek keselamatan pelajar.

Terdahulu, dalam lawatan berkenaan Fadhlina turut meninjau pengoperasian sekolah berkenaan termasuk pembukaan blok bangunan baharu yang sudah mula digunakan awal bulan ini, yang mana ia sebelum ini tertangguh selama 10 tahun.

Justeru beliau berkata KPM tidak berkompromi kepada isu pembangunan sekolah yang mengalami kelewatan atau tertangguh, selain memastikan isu ketirisan membabitkan perkara itu ditangani segera, sekali gus menjamin akses pendidikan kepada semua murid.

MENARIK:  Bukit Aman tolak dakwaan 'istana terkait' serangan terhadap pemain bola

Fadhlina berkata ini kerana, walaupun penangguhan pembangunan sekolah hanya berlaku kepada satu-satu sekolah sahaja, namun ia akan memberi impak yang sangat besar sehingga menyebabkan anak-anak tidak mendapat akses pendidikan yang selayaknya.

“Anak-anak tidak wajar dipinggirkan dalam apa jua keadaan dalam akses pendidikan...isu akses pendidikan ini juga kita tegaskan berulang kali dan perkara berkaitan pembangunan sekolah memang menjadi tumpuan utama KPM untuk diselesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peratusan enrolmen sekolah pada tahun ini meningkat pesat dengan sekolah rendah mencapai 98 hingga 99 peratus, manakala menengah 95 peratus selain KPM sedang membuat peluasan di semua sekolah kerajaan khususnya prasekolah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular