JHEAT siasat dakwaan ada tiang sandar Nabi Khidir di Terengganu

Shopee Sale

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyiasat dakwaan terdapat sebatang tiang yang pernah menjadi tempat bersandar Nabi Khidir di Terengganu.

Ia dikatakan terdapat di tempat dikatakan makam Tok Ku Paloh, tokoh ulama zaman-berzaman negeri itu, di Kampung Serada, Kuala Terengganu.

JHEAT antaranya akan memanggil waris Tok Ku Paloh, yang meninggal dunia lebih 100 tahun lalu, untuk menentukan kesahan dakwaan itu.

"Maklumat daripada waris Tok Ku Paloh diperlukan bagi menentukan sama ada memang ada dakwaan seperti itu," Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini.

Tiga hari lalu tersebar video hampir tiga minit yang memaparkan lawatan orang ramai ke tempat itu dan melihat tiang itu. Nabi Khidir dikatakan bersandar di situ ketika bertemu ulama abad ke-19 itu.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ulama berbeza pandangan berkenaan kisah hidup atau kewafatan Nabi Khidir. 

Bagaimanapun, katanya, menurut kebanyakan ulama, Nabi Khidir masih hidup sehingga sekarang. 

Al-Quran ada menyebut kisah pertemuan Nabi Khidir dan Nabi Musa, tetapi tidak menyebut namanya secara khusus.

Sementara itu, M Rozi berkata, video yang disebarkan itu menimbulkan keresahan awam.

Justeru, katanya, JHEAT tidak berdiam diri dan akan mendapatkan pandangan termasuk daripada jabatan mufti sebelum tindakan lanjut.

MENARIK:  Gara-gara silap penghantar makanan, anak termakan babi panggang

"Siasatan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti mereka yang mendakwa tiang itu dijadikan sebagai tempat Nabi Khidir menyandar perlu dilakukan.

"Kita akan mendapatkan maklumat termasuk asas sumber yang mendakwa tiang Nabi Khidir menyandar akan dilakukan," katanya.

Dia juga berkata siasatan mungkin mengambil masa untuk mendapatkan bukti dan mendapatkan maklumat daripada waris Tok Ku Paloh sama ada dia pernah menyebut perkara itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular