Johor juga mungkin naikkan gaji penjawat awam negeri

Shopee Sale

Kerajaan Johor sedang mengkaji kadar baharu gaji penjawat awam di negeri itu selaras dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.

“Dari segi penjawat awam untuk negeri Johor, Insya-Allah kita juga akan selari dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi kita perlu lagi kaji untuk memastikan dari segi kedudukan kewangan kita mencukupi dan memastikan kadarnya dan bila hendak buat (laksana).

“Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat, Insya-Allah pada akhir tahun ini. Berapa peratusan kenaikan belum diputuskan dan sedang dikaji,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya, di sini malam tadi.

Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

MENARIK:  Cubaan tipu kastam, daging anak babi diisytihar sayur campur

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular