JPJ perkenal sistem atas talian lupus kenderaan buruk tersadai

Shopee Sale

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sistem e-Dereg akan membolehkan mana-mana pemilik pembatalan pendaftaran kenderaan dalam tempoh kurang sejam, tanpa perlu ke kaunter JPJ.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian (e-Dereg) dalam usaha menangani isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sistem e-Dereg akan membolehkan mana-mana pemilik berhasrat melupuskan kenderaan motor melengkapkan proses pembatalan pendaftaran kenderaan itu secara dalam talian dalam tempoh kurang sejam, tanpa perlu hadir di kaunter JPJ lagi.

"Inisiatif ini melibatkan kenderaan motor yang tidak akan digunakan lagi atas apa-apa sebab termasuklah telah rosak kekal atau telah tidak lagi ekonomi untuk dibaiki atau digunakan di atas jalan," katanya selepas melawat pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF) di Bandar Teknologi Kajang di Semenyih hari ini.

Bagaimanapun bagi memastikan kenderaan motor dilupuskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), beliau berkata pelupusan kenderaan melalui sistem ini hanya dibenar dilaksanakan di mana-mana AATF dilesenkan JAS sahaja.

Sebagai permulaan Loke berkata sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan E-Auto Sdn Bhd akan dilaksanakan dengan pihak AATF berlesen oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Car Medic Sdn. Bhd di Bandar Teknologi Kajang.

Beliau berkata pemilik boleh datang sendiri ke AATF atau meminta syarikat untuk datang ke lokasi mereka bagi proses berkenaan atau mendapatkan khidmat penunda ke fasiliti berkenaan.

“JAS telah beri 10 lesen AATF secara keseluruhan, namun lapan fasiliti belum diaktifkan, jadi saya nak gunakan ruang ini untuk menggalakkan AATF yang telah diberikan lesen segera aktifkan fasiliti mereka, kita mahu fasiliti ini berada di seluruh negara,” katanya.

Loke berkata di Selangor misalnya, terdapat puluhan ribu kenderaan terbiar di kawasan-kawasan perumahan dan tepi jalan yang menimbulkan aduan orang ramai serta merosakkan alam sekitar.

MENARIK:  Wartawan antara yang cedera dalam serangan Israel di kem pelarian

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula tidak boleh sewenang-wenangnya melupuskan kenderaan berkenaan, kerana perlu melalui proses yang panjang seperti penghantaran notis, penarikan kenderaan ke depoh dan permohonan kepada mahkamah untuk melupuskan kenderaan.

Beliau berkata masalah ini semakin menjadi-jadi, sekali gus menunjukkan kepentingan sistem e-Dereg bagi membolehkan pemilik membatalkan pendaftaran kenderaan secara sah dan cepat, berbanding hanya membiarkannya tersadai atau menjualnya di kedai besi buruk.

Loke berkata tindakan menjual kenderaan terbiar di kedai besi buruk pula hanya akan menimbulkan risiko apabila pendaftaran kenderaan itu tidak dikeluarkan daripada sistem JPJ dan pemilik tidak akan tahu kemungkinan yang akan berlaku selepas itu.

“Mungkin kenderaan itu akan dipotong atau enjin dijual balik jual sebagai satu kenderaan terpakai, pemilik asal hadapi risiko kalau kereta itu digunakan untuk kegiatan jenayah dan apa-apa berlaku kepada kereta itu, liabiliti akan terpakai kepada pemiik itu,” katanya.

Beliau berkata melalui sistem ini pihaknya dapat memberikan jaminan kepada pemilik asal supaya tidak perlu berasa bimbang dengan liabliti memandangkan kenderaan itu sudah dinyahdaftar daripada JPJ.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular