JSJK kesan iklan palsu produk kesihatan salah guna imej VVIP

Shopee Sale

Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi Internet, susulan terdapat trend pengiklanan produk kesihatan palsu dengan menggunakan imej individu terkenal dalam media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata trend pengiklanan menggunakan kaedah itu bertujuan mengelirukan pembeli dan memberi gambaran seolah-olah produk berkenaan dihasilkan oleh individu terbabit.

Beliau berkata pihaknya ada menerima laporan daripada seorang pakar kesihatan yang juga selebriti media sosial mendakwa gambar dan nama syarikatnya telah digunakan tanpa kebenaran untuk mempromosikan satu produk kesihatan yang dipercayai boleh memudaratkan pengguna.

“Paparan iklan produk kesihatan yang bertujuan mengelirukan dan memperdayakan pembeli ialah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Ramli berkata orang ramai boleh mendapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan membeli produk kesihatan daripada Internet atau media sosial.

MENARIK:  Inspektor didakwa halang tugas pegawai, keluar kata kesat

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular