Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 8,103 malam ini

Shopee Sale

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 8,103 orang setakat 8 malam ini berbanding 8,394 orang pada petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa banjir yang melibatkan 2,590 keluarga itu ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 5,324 orang daripada 1,747 keluarga diikuti Pendang (1,548 orang daripada 466 keluarga), Kubang Pasu (671 orang daripada 217 keluarga), Pokok Sena (441 orang daripada 134 keluarga) dan Bandar Baharu seramai 119 orang daripada 26 keluarga.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan berlaku pertambahan satu lagi sungai yang berada pada paras bahaya, menjadikan tiga sungai di Kedah berada di paras bahaya setakat 8 malam ini.

Sungai itu adalah Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar.

Di PERAK, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal 29 orang daripada tujuh keluarga.

Menurut sekretariat itu, kesemua mangsa dari Kampung Changkat Lobak itu masih ditempatkan di PPS Changkat Lobak di daerah Kerian.

MENARIK:  Notis merah Interpol Jho Low masih berkuat kuasa - Polis S'pura

Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan Kolam Air Bukit Merah masih berada pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 9.02 meter.

Menurut jabatan itu, Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk juga berada pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 1.92 meter.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular