Jurutera awam mengaku tak salah terbabit rasuah

Shopee Sale

Seorang jurutera awam kanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini atas tuduhan menipu pembantu akaun Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah untuk meluluskan bayaran sebanyak RM19,950, enam tahun lepas.

Tertuduh Fadziyani Mohamed, 55, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim J Jean Sharmila.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menyubahati dengan seorang pengurus syarikat, telah menipu pembantu akaun tersebut untuk meluluskan pembayaran baucar untuk tujuan yuran perkhidmatan Kursus Latihan Kakitangan Kursus Pemasangan Penyaman Udara bernilai RM19,950 kepada syarikat berkenaan pada 31 Mei 2018 di Jabatan Akauntan Negara di sini.

Fadziyani pada ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Unit Tentera Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Kem Lapangan Sungai Petani (Jurutera Awam Kanan J48).

Dia didakwa di bawah seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Zulfadli Azharudin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Norazam Majid.

MENARIK:  'Jangan usik tanah sekolah Tamil kami’

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport dan melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan. 

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular