Kabinet batal syor KDN mansuh beri kerakyatan pada bayi terbuang

Shopee Sale

Kabinet hari ini bersetuju membatalkan syor Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak memberikan kewarganegaraan kepada bayi terbuang yang dijumpai.

KDN sebelum ini mencadangkan pemansuhan Kementerian Dalam Negeri untuk memansuhkan Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 1(e) bahagian yang sama dalam jadual yang sama.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Putrajaya berkata mesyuarat kabinet hari ini berbincang mengenai pembentangan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai kewarganegaraan.

"Kabinet tadi bincang hari ini. Saya telah membuat pembentangan kepada jemaah menteri.

"Kesemua cadangan pindaan setelah kita mengambil kira pendapat semua pihak termasuk perdana menteri sendiri dengan membuat perbincnagan dengan ketua-ketua komponen dan juga ketua-ketua whip Kerajaan Perpaduan.

"Cadangan yang dibentangkan KDN semuanya dipersetujui. Melainkan satu iaitu Seksyen 19B Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama Seksyen 14 (1) akan dikekalkan, seperti mana sebelum cadangan diangkat oleh KDN," katanya kepada pemberita hari ini.

Seksyen 19B menyatakan: "Mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah lahir di tempat itu dan ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu; dan jika kanak-kanak itu dikira menurut kuasa seksyen ini telah lahir sedemikian, maka tarikh dia dijumpai hendaklah dikira sebagai tarikh lahirnya."

MENARIK:  Tiada jaminan isteri Daim tidak akan larikan diri: TPP

Jadual Kedua, Bahagian II Seksyen 1(e) pula memberikan kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang kepada setiap individu tanpa kewarganegaraan yang dilahirkan di Malaysia

Pindaan yang dicadangkan sebelum ini bertujuan untuk menukar perkara berkenaan daripada kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang kepada kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah bidang kuasa menteri.

Ini bermakna kanak-kanak terbuang yang dijumpai mesti didaftarkan untuk memohon mendapatkan kewarganegaraan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular