Kabinet setuju pembentangan RUU tangani isu parallel pathway – Fahmi

Shopee Sale

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil hari ini berkata isu parallel pathway dijangka dapat diselesaikan melalui satu Rang Undang-undang (RUU) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Fahmi berkata isu itu telah dibincangkan oleh kabinet pada mesyuaratnya hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Isu parallel pathway dibincangkan hari ini. Satu memorandum bersama oleh menteri kesihatan dan menteri pendidikan tinggi dibentangkan dan diputuskan.

“Maka isu parallel pathway kita lihat akan dapat diatasi dengan pembentangan satu RUU yang akan dibawa ke parlimen,” kata Fahmi yang juga adalah menteri komunikasi.

Fahmi bagaimanapun berkata butiran berhubung RUU yang akan dibentangkan itu perlu dirujuk kepada kementerian yang bertanggungjawab.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular