Kaji implikasi penerokaan minyak dan gas di Langkasuka – Rimbawatch

Shopee Sale

Badan pemantau alam sekitar Rimbawatch memberi amaran terhadap kemungkinan implikasi projek penerokaan minyak dan gas (O&G) baru Petronas di lembangan Langkasuka, yang terletak di kawasan utara Selat Melaka, hanya 30km dari Pulau Pinang dan 20km dari Langkawi.

Dalam satu kenyataan hari ini kumpulan itu berkata bahawa penerokaan O&G itu bukan sahaja menjejaskan tanggungjawab mitigasi Malaysia tetapi juga mengancam kepelbagaian kehidupan biologi marin pantai, serta menjejaskan mata pencarian masyarkat nelayan dan pelancongan tempatan.

“Kami menggesa perdana menteri, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk bekerjasama dengan Petronas untuk membangunkan strategi peralihan yang boleh dipercayai berdasarkan metodologi kukuh dan mengikut amalan terbaik antarabangsa pada net-zero.

"Strategi ini harus komited kepada ketelusan penuh, akauntabiliti dan laluan jelas ke arah pelupusan sepenuhnya semua projek bahan api fosil sedia ada dan yang dirancang, termasuk gas asli," kata kumpulan itu.

November lalu, Petronas mengumumkan bahawa ia akan  menjalankan tinjauan seismik 2D di luar pesisir baharu di kawasan utara Selat Melaka untuk meneroka dan memetakan potensi hidrokarbon di blok terbuka PM320 dan PM321 Lembangan Langkasuka.

MENARIK:  Fahmi: Jangan seksis, Pang bukan proksi Nga

Tinjauan itu meliputi kawasan seluas lebih 38,000 km persegi - bertujuan untuk memperoleh kira-kira 8,000km data seismik 2D baru.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular