Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen N Sembilan

Shopee Sale

Seorang kanak-kanak antara 55 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam serbuan di 27 lokasi berbeza termasuk di sebuah pasar raya terkemuka sekitar Seremban serta Nilai pada Isnin dan Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua tahanan yang berumur antara setahun hingga 51 tahun itu terdiri daripada 23 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, enam lelaki (Myanmar), 11 lelaki (Bangladesh), dua lelaki (Pakistan) selain dua lelaki dan tiga wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan (Vietnam).

“Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semasa operasi dijalankan antara lokasi berkenaan, lima lelaki warga Indonesia bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pegawai Imigresen. Namun, kesemuanya dapat diberkas oleh pasukan serbuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua tahanan kemudian dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut dan sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan.

MENARIK:  Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand sambut lebaran esok

Tan berkata pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang membantu JIMNS dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan pendatang tanpa izin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular