Kanak-kanak berusia setahun korban banjir di Tumpat

Shopee Sale

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air di sebuah rumah di Kampung Cherang Melintang, Tumpat, pada Khamis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata mangsa bersama ibunya tinggal di tingkat atas rumah dua tingkat, yang kawasannya dilanda banjir.

Beliau berkata kejadian yang berlaku pada 11.30 malam itu hanya disedari ibu selepas anaknya didapati tidak tidur di sisinya dan selepas mencari ditemukan mangsa terapung di tingkat bawah rumah.

“Ibu mangsa mendapati meja sofa yang digunakan untuk menghadang tangga ke tingkat bawah telah terusik.

“Ibu mangsa kemudian memanggil suaminya sebelum dibantu jiran untuk membawa keluar anaknya itu menggunakan perahu ke Jambatan Kubang Panjang, seterusnya dibawa ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Balai Polis Repek, di Pasir Mas, hari ini.

Mohd Yusoff berkata keluarga mangsa sebelum ini sudah diarah untuk berpindah namun tidak mahu berbuat demikian.

Bayi berkenaan merupakan korban ketiga mangsa banjir di Kelantan, selain seorang lelaki berusia 35 tahun terkena renjatan elektrik dan seorang lelaki berusia 64 tahun di percayai lemas di Machang.

MENARIK:  PH-BN tampil kerjasama paling erat di Sungai Bakap - Nik Nazmi

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun ramalan cuaca mengatakan hujan akan reda hari ini atau esok, namun perlu diingat air akan turun ke hilir yang akan memberi kesan kepada kawsan Tumpat dan Pasir Mas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular