Kanak-kanak mengajar erti muhibah antara kaum

Shopee Sale

Beredar gambar yang menyentuh hati di media sosial, yang boleh menjadi pengajaran kepada ahli politik dan orang lain yang bertelagah mengenai sekolah vernakular.

Gambar di laman Facebook sebuah sekolah Cina di Kajang, SJK (C) Yu Hua ini merakam detik seorang murid Cina berjalan bersama-sama dengan seorang murid Melayu bertudung pada hari pertama persekolahan.

Mereka berdua kelihatan berpegangan tangan.

"Saya menyaksikan sesuatu situasi yang menyentuh hati dan membuat saya ingin merakamkannya dengan kata-kata dan gambar," menurut hantaran dalam bahasa Mandarin itu.

Terharu persahabatan

Menurut hantaran itu, murid Melayu berkenaan kelihatan gementar untuk memasuki kawasan sekolah dan ibunya dilihat memberinya kata-kata semangat.

Pada masa yang sama, murid Cina itu turut kelihatan gementar juga.

Namun, kedua-duanya mendapat keberanian dalam diri masing-masing untuk menghadapi permulaan baru dalam hidup mereka. Mereka bergandingan tangan dan berjalan bersama dalam diam menuju ke sekolah.

"Dengan perlahan-lahan, mereka berjalan bersama ke barisan yang dikhaskan untuk murid-murid tahun satu.

"Walaupun komunikasi di antara mereka mungkin masih terhad, tambahan (keduanya) terasa gementar dan takut, tetapi dengan sokong daripada sesama sendiri, mereka pasti akan memulakan zaman persekolahan mereka dengan gembira.

"Saya terharu dengan persahabatan baru mereka dan sikap bertoleransi ini. Moga-moga kalian dapat belajar dengan harmoni meskipun berbeza agama dan bangsa,” kata hantaran itu.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (gambar atas) antara yang mengulas hantaran itu, berkata: “Inilah kepelbagaian dan keharmonian yang kita raikan dan wajar kita pertahankan."

Seorang netizen pula menulis: “Muhibbah: perkataan Melayu bermaksud perasaan persahabatan, setiakawan, toleransi dan persefahaman. Ia biasanya digunakan dalam suasana berbilang kaum, budaya sebagai rakyat Malaysia."

MENARIK:  Rafidah tegur 'kaki bakar' - Henti ambil kesempatan isu stoking

Ahli politik bertelagah

Kebelakangan ini, ahli politik telah berbalah dan melemparkan kata-kata penghinaan terhadap satu sama lain berhubung dakwaan bahawa sekolah vernakular menjadi batu penghalang kepada hubungan kaum.

Antaranya ialah Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh, yang menyindir bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy dengan menyoal jika dia "mabuk."

Ini selepas Ramasamy berkata Akmal "keliru" dalam kerana menyuarakan rasa khuatir akan perkembangan mutakhir mengenai isu sekolah vernakular.

Akmal telah mencadangkan agar kerajaan memperhalusi sistem persekolahan, berkata mungkin sudah tiba masanya untuk sistem pendidikan satu aliran dilaksanakan.

Ketua Pemuda Umno itu menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap sistem pendidikan vernakular, dengan menerapkan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ramasamy berkata Akmal silap untuk menyalahkan sekolah vernakular atas masalah perpercahan kaum yang berpunca daripada politik.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular