KATA MP l Lantik arboris untuk periksa pokok berusia, berisiko tumbang

Shopee Sale

KATA MP l Minggu lepas orang ramai dikejut oleh kes pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, kes ini mendedahkan ada risiko keselamatan yang serius di tempat awam. Ia harus jadi satu peringatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan segera sebelum kemalangan sedemikian berulang. 

Susulan kejadian tersebut langkah-langkah proaktif telah diambil oleh DBKL, termasuk pemeriksaan terhadap pokok yang berusia lebih dari 30 tahun atau mempunyai ukur lilit melebihi 1.5 meter sejak 2019.

Sudah tiba masa untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor untuk mengumum langkah yang bakal diambil untuk mencegah kemalangan pokok tumbang berlaku.

Sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya, saya menyeru MBPJ melantik arboris bersijil untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh, terutamanya terhadap pokok yang berusia atau berisiko tinggi yang mungkin mengalami kegagalan struktur dan tumbang, khususnya di kawasan-kawasan berpenduduk padat dan di sepanjang jalan utama dalam kadar segera.

Sebagai contoh, kejadian di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang disebabkan oleh jaringan akar pokok di kawasan tersebut saling berhubungan, yang secara langsung mempengaruhi kekuatan struktur pokok. Oleh itu, pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh arboris bertauliah dapat mengenal pasti kecacatan pada pokok seperti kerosakan atau reputasi pada dahan atau akar, struktur pokok yang condong atau tidak seimbang, dan rekahan pada dahan dan pangkal pokok.

Saya ingin menekankan bahawa tindakan segera oleh semua pihak adalah keutamaan bagi mengelakkan berulangnya tragedi serupa. Keselamatan awam harus menjadi keutamaan utama kita semua dan bersama-sama, kita mampu membuat perubahan yang signifikan.

MENARIK:  Pindaan hak kewarganegaraan: 'Wanita asing boleh jadi tiada kerakyatan'

LEE CHEAN CHUNG adalah ahli Parlimen Petaling Jaya.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular