KDN tiada humor haramkan Punai: Penerbit baca novel tergelak

Shopee Sale

Novel Punai karya Asyraf Bakti kini menjadi perbualan hangat khalayak sastera tempatan selepas dilarang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Larangan terhadap buku ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana seni harus dikawal atau dibiarkan bebas untuk ditafsirkan oleh pembaca.

Pengasas Fixi Amir Muhammad menyifatkan karya yang diterbikannya pada 2022 itu hanyalah novel komedi parodi yang menghiburkan.

“Bila saya baca manuskripnya, saya memang gelak beberapa kali. Tapi nampaknya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tak kongsi humor sama.

"Ini membuktikan Punai, seperti seni, adalah hal yang sangat subjektif,” kata Amir ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya lagi, tulisan Asyraf itu terinspirasi daripada karya penulis Indonesia Eka Kurniawan berjudul Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas terbit pada 2014.

MENARIK:  Peraturan antilompat DAP, Umno tergugat jika langkah Bersatu gagal

Kedua-dua novel ini berkisar mengenai isu lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin.

View this post on Instagram

A post shared by BukuFixi (@bukufixi)

KDN telah mewartakan perintah larangan terhadap enam tajuk buku, termasuk Punai berkuat kuasa 19 Disember lalu.

Larangan KDN ini dibuat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), dengan alasan kandungan buku-buku tersebut berpotensi memudaratkan kemoralan masyarakat.

Buku lain yang dilarang:

  • A Million Kisses In Your Lifetime oleh Monica Murphy

  • Lose You To Find Me oleh Erik J Brown

  • Scattered Showers oleh Rainbow Rowell

  • When Everything Feels Like The Movie oleh Raziel Reid

  • What If It’s Us oleh Becky Albertalli dan Adam Silverra

"Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini adalah berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.

“Pada masa sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum,” kata kenyataan KDN.

KDN turut mengingatkan individu yang terlibat dengan hasil penerbitan larangan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut subseksyen 8(2) Akta 301, mereka yang mencetak, mengedar atau memiliki hasil penerbitan larangan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

“Kerajaan ingin menyatakan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak dan hasil penerbitan khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman mahupun gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa demi keharmonian dan kesejahteraan bersama,” kata kenyataan itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular