Kebanyakan banjir kilat adalah kerana longkang, saliran tersumbat

Shopee Sale

PARLIMEN l Kebanyakan kejadian banjir kilat yang berlaku di negara ini disebabkan oleh masalah kebersihan, terutamanya longkang dan saliran yang tersumbat, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu.

Menurut beliau, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.

Aiman Athirah Sabu

“Ia memberi satu peringatan penting… baru-baru ini, banjir berlaku di Kuala Lumpur disebabkan oleh saluran yang tersumbat. Jika kesedaran awam dapat dipertingkatkan mengenai kepentingan kebersihan, ia akan memberi impak yang positif,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mengenai dapatan hasil peranancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama pelbagai agensi kerajaan berkaitan untuk menyelesaikan isu banjir bagi jangka panjang.

Menjawab persoalan Wan Razali mengenai sama ada KPKT bersedia menggunakan teknologi saliran atau sistem pengalihan air seperti yang digunakan di Jepun untuk mengatasi masalah banjir kilat, Aiman Athirah menjelaskan bahawa perkara itu sedang dipertimbangkan.

“Ia memerlukan jumlah perbelanjaan yang cukup besar, tetapi tidak mengapa kerana ini memang dalam perhatian kita dari semasa ke semasa untuk memperbaiki gerak kerja kita dalam menangani masalah banjir kilat,” katanya.

Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan)

Bagi mengukuhkan keberkesanan pengurusan banjir kilat, Aiman Athirah berkata kerajaan telah memperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk menaik taraf sistem perparitan dan saliran sedia ada di kawasan yang dikenal pasti sebagai “hotspot" banjir.

MENARIK:  Rokok: KKM kekal pendirian laksana Akta 852 - Dzulkefly

Beliau menjelaskan antara usaha yang dijalankan adalah projek penyelenggaraan kolam takungan banjir dan penyelenggaraan system perparitan, dengan masing-masing membabitkan kos RM50 juta dan RM20 juta bagi tahun ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular