Kebebasan bersuara masih dikekang – laporan

Shopee Sale

Kerajaan gagal memberikan komitmen untuk menambah baik undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara, mengancam ruang awam dan terus melanggar hak asasi manusia, kata Amnesty International.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan tahunan kumpulan hak asasi manusia global itu bagi tahun 2023 dan 2024 yang dilancarkan semalam.

“Jika kerajaan benar-benar komited untuk meningkatkan taraf hak asasi di Malaysia, mereka mesti mengakui kelemahan dan lebih bekerjasama dengan masyarakat sivil bagi memastikan dasar-dasar dan amalan diketengah selari dengan undang-undang dan standard hak asasi manusia,” kata Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia Katrina Jorene Maliamauv.

Laporan itu menyatakan kebimbangan terhadap isu hukuman mati, kebebasan bersuara, keganasan polis dan kematian tahanan, hak asasi pelarian dan pendatang, hak orang asal dan hak mendapatkan persekitaran yang sihat.

Katanya, Malaysia kekal bersama majoriti negara yang terus mempertahankan hukuman mati walaupun tidak lagi menjadikannya sebagai mandatori.

“Menghapuskan terus hukuman mati akan menunjukkan iltizam kerajaan Malaysia terhadap hak asasi dan menjadi contoh yang kepimpinan yang diperlukan di rantau ini.

MENARIK:  KOMENTAR | Akaun fleksibel yang tak fleksibel

“Malaysia harus memanjangkan moratorium dan segera meringankan semua hukuman mati sebagai langkah ke depan untuk memansuhkan hukuman mati sepenuhnya,” kata Maliamauv.

Amnesty menilai keadaan hak asasi di 155 negara.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular