Kedah Agro Holdings bayar gaji tertunggak RM560,000 bulan depan

Shopee Sale

PARLIMEN | Kedah Agro Holdings akan membayar gaji tertunggak kira-kira RM560,000 kepada 24 pekerja sebelum sambutan Aidilfitri akan datang, menurut Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Sim berkata mesyuarat lembaga pengarah Kedah Agro Holdings pada Ahad juga memutuskan untuk menghentikan operasi anak syarikat Menteri Besar Incorporated itu.

“ Justeru faedah penamatan dan gaji ganti notis akan dibayar dalam tempoh tiga bulan mulai Mac 2024,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu di Dewan Rakyat semasa Waktu Sesi Pertanyaan Menteri hari ini.

"Pekerja juga telah dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh bagi tuntutan gaji terhadap majikan dan JTKSM (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Manusia) akan membuka siasatan sekiranya ada laporan difailkan dibawah Seksyen 19 Akta Kerja atas kesalahan pembayaran gaji lewat.

"Jika sabit kesalahan majikan boleh didenda tidak lebih RM50,000 setiap pertuduhan bawah Seksyen 99A Akta yang sama,” katanya menjawab soalan Aminolhuda Hassan (Pakatan Harapan-Sri Gading).

Terdahulu, Sim mengulangi komitmen JTKSM untuk menyiasat semua aduan dalam tempoh 21 hari sejak laporan dibuat.

MENARIK:  Cubaan bawa masuk 22 tan karkas babi digagalkan

Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah Zafir Annuar Ghazali berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan mengenai operasi Kedah Agro Holdings, sementara syarikat itu mencari peluang perniagaan baru.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular