Kedai KK Mart di Perak kena baling bom petrol

Shopee Sale

Sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Perak dibaling dengan bom petrol, kira-kira pukul lima pagi tadi.

Namun, menurut laporan China Press, bom petrol itu jatuh di kawasan kosong di depan kedai itu, yang terletak di Jalan Mosi, dan tidak meletup.

Tiada yang cedera dan pekerja KK Mart membuat laporan polis sebaik sahaja insiden itu berlaku, kata laporan itu lagi.

Rangkaian kedai serbaneka KK Mart berdepan gesaan boikot susulan penemuan stoking dengan kalimah Allah di cawagannya di Bandar Sunway, Selangor kira-kira dua minggu lalu.

Malaysiakini telah menghubungi ketua polis Perak untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengambil tindakan sendiri berkaitan isu KK Mart.

Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam, di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

MENARIK:  Tak puas hati punca Tajuddin lewat bayar kos mahkamah Khalid

Turut dikenakan pertuduhan adalah Tiga individu lain yang merupakan pengarah syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd - yang membekalkan stoking tertera kalimah Allah kepada KK Mart.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular