Kejadian tembak: Polis tahan dua lelaki, buru dua lagi

Shopee Sale

Polis menahan dua lelaki dan sedang memburu dua lagi yang disyaki terbabit dalam kejadian bunuh seorang lelaki di kawasan parkir kereta sebuah hotel terkemuka di Bintulu lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata dua suspek berkenaan, seorang warga tempatan dan warga asing berusia dalam lingkungan 40-an, ditahan di sekitar Miri pada kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Dalam kejadian tembak di tempat parkir tingkat empat sebuah hotel terkemuka di Bintulu lewat malam tadi, beliau berkata seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans sebaik tiba di tempat kejadian.

“Bertindak atas maklumat pihak polis berjaya menahan dua orang suspek lelaki berkenaan dan merampas sebuah kenderaan dipercayai digunakan mereka dalam kes ini. Permohonan tahanan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Bintulu dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Nixon meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang masih dalam siasatan, dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil atau hubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu dengan menelefon 086-318304 bagi membantu siasatan.

MENARIK:  WaW mahu pastikan tiada pembaziran di bazar Ramadan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular