Kejar lebih 15KM, peronda polis tahan lelaki di plaza tol

Shopee Sale

Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan keretanya selepas diarahkan Unit Kereta Peronda (MPV) polis berakhir dengan penahanannya di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth/Kulim (BKE) setelah dikejar lebih 15 kilometer seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata hasil pemeriksaan awal mendapati kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 petang semalam bermula apabila anggota MPV cuba menahan kereta dipandu lelaki tempatan kerana disyaki memukul seorang lelaki warga asing di Pusat Perniagaan Alma, dekat Bukit Mertajam.

"Semasa anggota MPV menghampiri kereta dipandu lelaki tersebut, dia telah bertindak memecut kenderaannya dan pihak polis mengejar serta mengarahkan pemandu tersebut supaya berhenti namun suspek enggan berbuat demikian malah dia juga telah melanggar sebuah motosikal di persimpangan Jalan Jaya Gading, di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior dan pemeriksaan dalam kenderaan menemui botol plastik yang telah diubah suai disyaki untuk menghisap dadah, mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, lelaki yang berusia 40-an itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan 323 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta mendatangkan cedera dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENARIK:  Cuaca panas tahap satu: KKM nasihat tangguh aktiviti luar kelas

Terdahulu tular di media sosial dua video masing-masing berdurasi 32 saat yang memaparkan sebuah kereta yang dipandu laju dan berbahaya di kawasan Seberang Jaya, di Bukit Mertajam kerana cuba meloloskan kenderaan dari ditahan MPV yang mengejarnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular