Kekalahan di KKB patut jadi peringatan buat PN, kata Syahredzan

Shopee Sale

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata kemenangan calon PH Pang Sock Tao dalam PRK Kuala Kubu Bharu seharusnya menjadi peringatan kepada PN.

Ahli jawatankuasa Eksekutif pusat DAP itu berkata kemenangan semalam menunjukkan keyakinan rakyat kepada kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Amirudin Shari dan kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Di sebelah PN, dari awal lagi mereka mengintai peluang kemenangan dengan memainkan isu kaum dan agama.

"Isu sekolah vernakular, agama dan bangsa calon yang bertanding dan sentimen ‘Melayu hilang kuasa’ telah dimainkan oleh pemimpin PN semasa kempen ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pang menang PRK Kuala Kubu Bharu selepas meraih 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi.

Sementara itu calon PN Khairul Azhari Saut memperolehi 10,131 undi, Hafizah Zainudin (PRM) 152 undi dan Nyau Ke Xin (bebas) 188 undi.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata kemenangan Pang menunjukkan politik berteraskan perpaduan dan kebersamaan adalah formula terbaik untuk Selangor dan Malaysia.

Katanya lagi, kekalahan PN pula membuktikan kempen menggunakan isu kaum dan agama gagal meraih sokongan pengundi di DUN itu.

"Kekalahan ini seharusnya menjadi ‘wake up call’ kepada PN untuk meninggalkan politik pecah-belah dan toksik yang seringkali digunakan. Jelas politik seperti ini membawa pulangan yang kian berkurangan (diminishing returns) dan tidak mampu untuk menawan negeri seperti Selangor mahupun Malaysia.

MENARIK:  Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka beroperasi 2025

"Oleh itu, PN diseru untuk bermuhasabah dan menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara pelbagai kaum dan agama, dan hanya politik kesederhanaan dan perpaduan boleh merangkul sokongan daripada segenap lapisan masyarakat," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular