Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat, kata Zahid

Shopee Sale

Kekalahan calon PH dalam PRK DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya Umno untuk menghadapi PRK seterusnya.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti-parti komponen berkenaan akan terus berusaha dan berazam membawa kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK akan datang.

"Kita terima (kekalahan), itu keputusan rakyat...ini bukan penghujung, jalan terakhir PRK bagi mana-mana calon dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti Telok Mas di Melaka hari ini.

Turut hadir Pengerusi Umno negeri merangkap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Umno Kota Melaka yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

PN mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya mengingatkan ahli Umno agar melakukan perubahan dalam memenangi hati pengundi.

MENARIK:  Kes OKU dipukul: Polis beri petunjuk identiti penyerang, kata peguam

“Kita harus ingat politik sekarang bukan politik pembangunan (semata-mata, malah) politik sekarang ialah politik isu dan sentimen (yang mesti dijuarai).

“Berapa orang dalam kalangan kita yang (berani) jawab dan pertahankan ketua kita bila dihentam? Kita hanya pandai tularkan (sesuatu isu) dengan kawan-kawan. Dalam situasi ini, kita harus bangkit dan sedar dari sekarang,” katanya.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular