Kekalahan Sg Bakap akan beri kesan sama seperti Tg Piai?

Shopee Sale

Kekalahan gabungan kerajaan perpaduan dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Bakap Sabtu lalu mengimbas kepada corak sokongan lima tahun lalu apabila Pakatan Harapan (PH) tewas dalam PRK Tanjung Piai.

Dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan, gabungan parti kerajaan gagal menarik sokongan pengundi Melayu, manakala pengundi bukan Melayu memilih untuk menghukum kerajaan, yang akhirnya menyaksikan pembangkang berjaya meningkatkan undi mereka.

Pada zahirnya, kegagalan menawan Sungai Bakap daripada PN mungkin tidak seteruk kekalahan besar di Tanjung Piai.

Bagaimanapun, persamaan itu menimbulkan persoalan sama ada ini adalah permulaan kepada kesudahan sama seperti yang dilalui oleh pentadbiran PH sebelum ini selepas PRK Tanjung Piai, yang berakhir dengan kerajaan tumbang.

Penganalisis memberitahu Malaysiakini bahawa terlalu simplistik untuk membuat perbandingan sedemikian antara dua pilihan raya kecil memandangkan dinamik berbeza yang dimainkan.

Walau bagaimanapun, secara umum boleh dikatakan situasi keadaan kelihatan tidah begitu baik untuk pakatan Madani.

Bukan Melayu tak keluar mengundi

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow menegaskan kekalahan gabungan itu disebabkan kemerosotan sokongan dalam kalangan bukan Melayu yang membawa kepada peratusan keluar mengundi yang lebih rendah berbanding pilihan raya DUN tahun lepas.

Chow berkata peratusan keluar mengundi Cina dianggarkan pada 49 peratus, penurunan sebanyak 13 peratus daripada pilihan raya negeri tahun lepas, manakala peratusan keluar mengundi bagi pengundi India tidak berubah.

Pakar sains politik Wong Chin Huat melihat peratusan keluar mengundi Cina yang rendah sebagai "undi protes" terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang "dilihat mengambil mudah sokongan bukan Melayu".

Sentimen yang sama turut dikongsi oleh Azmil Mohd Tayeb, Zaharom Naim, Sivamurugan Pandian dan Azmi Hassan.

Azmil Mohd Tayeb

Azmil berkata ini sebahagiannya disebabkan kerajaan nampaknya tertumpu untuk memenangi undi orang Melayu.

“Orang bukan Melayu berasa seperti diabaikan oleh kerajaan Madani yang seolah-olah menumpukan semata-mata untuk mendapatkan undi Melayu.

"Terdapat perasaan tidak peduli bahawa kerajaan Madani ini tidak jauh berbeza daripada yang sebelum ini," kata Azmil kepada Malaysiakini.

Zaharom, yang merupakan profesor pengajian media dan komunikasi, berpendapat orang bukan Melayu mungkin mahu memberi pengajaran kepada PH dengan tidak keluar mengundi.

"Mereka mungkin juga merasakan bahawa adalah cukup selamat untuk berbuat demikian kerana ini (Sungai Bakap) adalah kerusi DUN dan sebelum ini sudah berada di tangan PN," katanya.

PN mengekalkan kerusi DUN Pulau Pinang dengan peningkatan majoriti dan jumlah undi pada Sabtu lalu, apabila peratusan keluar mengundi yang lebih rendah memberi kesan kepada PH.

Kira-kira 4,500 pengundi berkurangan ke peti undi kali ini berbanding pilihan raya negeri tahun lalu, namun jumlah undi PN hanya berkurangan sebanyak 944.

PRK Sungai Bakap boleh menjadi tanda aras penting untuk pilihan raya akan datang kerana ia merupakan kawasan pilihan raya bercampur dan mencerminkan komposisi etnik Malaysia.

Zaharom berkata ia boleh menimbulkan masalah kepada kerajaan Madani jika ia tidak serius dengan pembaharuan.

"Ia adalah satu petanda perkara yang akan datang di kerusi campuran jika kerajaan meneruskan percubaan amatur dan menyedihkan untuk menyampaikan kepada rakyat apa kebaikan yang ia lakukan untuk mereka dan apa kesannya," katanya.

Setakat ini, Azmil menyatakan bahawa situasi kelihatan tidak begitu baik untuk kerajaan.

“Ia bukan sahaja tidak mendapat banyak undi Melayu, tetapi ia juga kehilangan sokongan daripada asas bukan Melayunya,” tambah pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia itu.

MENARIK:  Lelaki 'tomoi isteri lepas kantoi' direman 4 hari

Isu diesel, Blackrock

Pengundi Melayu, yang membentuk 59 peratus daripada pengundi, dikatakan memainkan perananan penting dalam kemenangan PN bagi mengekalkan kerusi DUN itu dan memperoleh majoriti yang lebih besar.

Menurut laporan Free Malaysia Today, data dalaman PN menunjukkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada 22,815 pengundi Melayu keluar mengundi dengan majoriti daripada mereka menyokong pembangkang.

Menurut data yang sama, kira-kira 12,776 undi Melayu berpihak kepada PN.

Bagi pengundi Melayu, selain isu ekonomi, pakar politik bersetuju penjualan saham Malaysia Airlines Holding Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) tidak diterima baik, terutamanya oleh demografik seperti itu.

GIP ditetapkan untuk diambil alih oleh Blackrock - sebuah syarikat yang dianggap mempunyai hubungan rapat dengan Israel.

Perjanjian MAHB, yang digunakan secara berkesan oleh pembangkang semasa tempoh berkempen, telah menyebabkan pengundi menganggap Anwar dan pentadbirannya tidak konsisten dalam menyokong Palestin.

"Sentimen pengundi masih memihak PN kerana pelbagai isu luaran seperti Blackrock dan pelarasan subsidi diesel digunakan dengan berkesan oleh pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil.

Azman Awang Pawi

"Manakala pencerahan dan sanggahan kerajaan perpaduan mengenai isu-isu tersebut tidak sampai kepada pengundi di peringkat akar umbi dengan berkesan.

"Bergerak ke depan jentera-jentera penerangan kerajaan perlu lebih proaktif dan bergerak ke depan dalam menjayakan komunikasi politik berkesan hingga ke bawah," kata ahli akademik dari Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi.

Azmin dan Zaharom berkata, ramai pengundi Melayu, masih sukar untuk mempercayai kerajaan Madani dan tidak yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan PH.

Untuk mengelakkan kejatuhan kerajaan PH seperti sebelum ini, gabungan Madani perlu menyekat kemerosotan sokongan di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu.

Bagi pengundi bukan Melayu, satu rungutan utama dalam kalangan penyokong lama PH ialah kurangnya pembaharuan bermakna yang dilaksanakan sejak Anwar memegang jawatan pada 2022.

Terdapat juga persepsi yang semakin meningkat di kalangan bukan Melayu bahawa usaha pakatan Madani untuk mendapatkan undi Melayu akan merugikan mereka, manakala pengumuman yang sepatutnya memihak kepada komuniti berkenaan dilihat sebagai konsesi.

Sementara itu, percubaan gabungan Madani untuk ‘menyerang’ pendekatan konservatif PN tidak membuahkan hasil dari segi sokongan orang Melayu.

Pangkalan sokongan tradisional Umno - yang sebahagian besarnya konservatif - semakin meninggalkan parti dan memihak kepada PN yang dianggap lebih baik dalam melindungi kepentingan kumpulan itu.

Dalam kes ini, hujah oleh pemain utama dalam gabungan Madani bahawa menyelesaikan masalah kos sara hidup akan memenangi sokongan.

Bagaimanapun, seperti janji pembaharuannya, Putrajaya masih belum dapat meyakinkan orang ramai tentang sebarang penambahbaikan yang ketara atau bahawa pendekatannya akan berkesan dalam jangka masa panjang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular