Kelab Feminisme UM menuntut Universiti Malaysia (UM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap ahli akademiknya yang dikaitkan dengan salah laku gangguan seksual dengan menghantar gambar bogel kepada penuntut.
Sehubungan itu, kelab berkenaan menghantar memorandum menuntut tindakan segera diambil pentadbir UM terhadap ahli akademik berstatus profesor tersebut.
Memorandum berkenaan diserahkan Presiden Kelab Feminisme UM, Chin Jes Weng kepada wakil universiti.
Tiga tuntutan dikemukakan dalam memorandum, antaranya mendesak tugas pensyarah berkenaan digantung, siasatan kes secara adil dan tegas, serta memperbaiki kelemahan polisi anti gangguan seksual sedia ada.
Sebelum penyerahan memorandum, mereka berkumpul di hadapan bangunan Canseleri UM.