Keluarga Altantuya mohon perintah isytihar Razak Baginda muflis

Shopee Sale

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2 juta kepada mereka.

Keluarga model warga Mongolia berkenaan menuntut jumlah tersebut susulan perintah mahkamah sivil pada 2022 yang memutuskan bahawa penganalisis politik itu dan tiga yang lain mesti membayar mereka RM5 juta dan dengan bayaran faedah.

Tiga yang lain itu adalah bekas komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar serta kerajaan persekutuan.

Menurut notis kebankrapan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Julai lalu, keluarga itu menuntut RM9,248,282.06 daripada Razak, yang menurut mereka termasuk faedah.

Peguam keluarga dari firma Karpal Singh & Co berhujah bahawa tiada penangguhan pelaksanaan diberikan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada mereka dua tahun lalu.

Pada 16 Dis 2022, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan empat pihak supaya membayar jumlah pampasan itu ditambah faedah selepas memutuskan bahawa dua bekas pegawai polis tersebut bersalah atas pembunuhan pada Oktober 2006. Razak juga didapati bertanggungjawab kerana dia menjadi pengantara kepada Azilah dan Sirul.

Dalam penghakimannya, Vazeer memutuskan bahawa jumlah RM5 juta adalah wajar kerana tuntutan keluarga itu untuk pampasan RM100 adalah "berlebihan dan tidak wajar".

Bagaimanapun, jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pihak tidak dinyatakan.

MENARIK:  Aman Palestin gagal dapat kebenaran cabar pembekuan 11 akaun

Sementara itu, Razak turut memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membatalkan notis kebankrapan itu.

Dalam pemfailan pada 15 Ogos, dia menegaskan bahawa keluarga itu sebenarnya mempertikaikan keputusan pampasan RM5 juta tersebut.

Menurutnya, ini berdasarkan rayuan berterusan keluarga berkenaan di Mahkamah Rayuan untuk ganti rugi yang lebih tinggi.

"Notis kebankrapan ini mengelirukan, tidak efektif, cacat dan salah di sisi undang-undang.

“Sebelum mengeluarkan notis kebankrapan itu, pemiutang penghakiman tidak membuat apa-apa tuntutan terhadap saya untuk jumlah penghakiman bertarikh 16 Disember 2022," dakwanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular