Keluarga pelajar didakwa mangsa antun jumpa KPM esok

Shopee Sale

Keluarga pelajar yang didakwa mangsa antun oleh guru akan bertemu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Isnin.

Bercakap kepada Malaysiakini, wakil keluarga itu berkata seorang pegawai kementerian telah menghubungi mereka berhubung kes itu.

"Mereka (kementerian) telah memanggil kami, dan Isnin ini kami akan ke Putrajaya untuk memfailkan kes," katanya.

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan polis sedang menyiasat kes itu selepas seorang saudara mangsa membuat beberapa siri hantaran dalam talian, berkongsi butiran dakwaan tindakan antun guru itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 14 merangkumi “serangan seksual fizikal ke atas kanak-kanak” dan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Dalam hantaran itu, keluarga pelajar itu dalam tekanan kerana mereka takut "hubungan" itu menjejaskan masa depan remaja berkenaan, yang akan menduduki SPM tahun ini.

Ia juga mendakwa bahawa guru itu telah berkahwin dan dia mempunyai lima orang anak.

Wakil keluarga itu mempertahankan tindakan saudara mereka yang menyiarkan perkara itu di media sosial, berkata ia perlu untuk mendapatkan perhatian kementerian.

Ini berikutan guru berkenaan terus menghubungi mangsa walaupun banyak laporan dibuat.

“Kami telah membuat tiga laporan polis, satu laporan kepada jabatan pendidikan negeri dan satu lagi kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispa), namun guru berkenaan terus menghubungi (mangsa).

"Selepas guru itu dipindahkan, dia masih berkeras untuk memandu selama 40 minit untuk bertemu mangsa," tambah mereka.

Mereka menambah siaran itu telah dipadamkan selepas menerima nasihat daripada kementerian, polis, dan wakil undang-undang keluarga itu.

“Terdapat komen di Facebook dan Instagram memberitahu keluarga itu supaya tidak menularkan dan sebaliknya menyelesaikan perkara itu secara ‘profesional’. (Membaca komen seumpamanya) membuatkan mereka berasa kecewa dan sedih,” katanya.

MENARIK:  'Keputusan mahkamah bukti perlembagaan Bersatu dipinda secara tertib'

Wakil keluarga itu juga mengesahkan bahawa kes berkenaan berlaku di Selangor tetapi tidak dapat mendedahkan sekolah yang dimaksudkan.

"Mangsa dalam keadaan baik, dia memahami keadaan dan telah menerima nasihat semua orang," tambah mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Kamarul mengesahkan bahawa laporan dibuat pada 12 Dis tahun lepas oleh ibu mangsa selepas anaknya pulang ke rumah dengan kesan merah di leher.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, Wan Kamarul berkata mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun mendakwa tanda itu adalah selepas dia dicium dan dipeluk oleh guru matematik berkenaan.

Dia berkata, mangsa dikatakan belajar dengan guru berkenaan di sebuah perpustakaan.

“Siasatan kami mendapati kejadian berlaku sekitar jam 4.50 petang pada hari yang sama laporan dibuat.

“Suspek merupakan seorang guru wanita berusia 37 tahun dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya.

Dia turut mengesahkan kenyataan dalam talian berhubung kes itu adalah benar dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuknya ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan seterusnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular