Kematian Zulfarhan: Rayuan 18 bekas penuntut UPNM diketahui 23 Julai

Shopee Sale

Mahkamah Rayuan di Putrajaya menetapkan 23 Julai ini untuk keputusan rayuan enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh tersebut hari ini selepas selesai mendengar hujahan pihak-pihak pada prosiding pendengaran rayuan silang enam lelaki itu yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas.

"Mahkamah akan menyampaikan keputusan pada 23 Julai ini, jam 9 pagi," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Sebelum ini, Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati keenam-enam tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Pada hari sama, mahkamah juga akan menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Kesemua mereka yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 Mei 2017 dan 22 Mei 2017.

MENARIK:  PRN: Umno Sabah dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar

Terdahulu, peguam Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus yang mewakili Abdoul Hakeem berhujah Zulfarhan mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan rawatan di hospital untuk kecederaan yang dialaminya dan tiada siapa yang menghalang mangsa berbuat sedemikian.

"Tempat kejadian (bilik UPNM) bukanlah di dalam hutan dan ramai orang berada di sekelilingnya, takkanlah satu panggilan telefon kepada ibu bapanya pun tidak boleh dibuat? Ini adalah satu kemusykilan yang bermain dalam fikiran peguam-peguam.

"Pegawai penyiasat kes hanya berminat untuk menyalahkan kesemua tertuduh. Siapa yang akan mendapatkan keadilan ke atas pelaku-pelaku ini?," katanya.

Mendengar hujahan itu, Hakim Mohamed Zaini kemudian bertanya kepada peguam "adakah anda mengalihkan kesalahan kepada mangsa sekarang?".

Mohd Zamri berkata terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kematian si mati dan untuk meletakkan kesemua kesalahan terhadap perayu-perayu adalah tidak tepat sama sekali.

Menjawab hujah Mohd Zamri, Timbalan Pendakwa Raya K Mangai berkata terdapat bukti bahawa perayu-perayu tidak mahu membawa Zulfarhan ke hospital kerana tidak mahu mencemarkan nama mereka.

“Mereka (perayu) menahannya di bilik lain dan tidak ada bukti yang telefon itu ada bersamanya kerana keadaannya ketika itu tidak mengizinkannya.

"Dia dalam keadaan yang teruk, dia tidak pergi ke sesi panggilan nama dan kelas persediaan kerana dia sakit, badan dia penuh dengan gelembung-gelembung," katanya.

Mangai seterusnya mengemukakan bukti bahawa pemandu e-hailing yang membawa Zulfarhan ke klinik terpaksa mengelap tempat duduk belakang keretanya kerana terdapat darah dan lendir di tempat mangsa duduk.

"Jika pemandu e-hailing dapat melihat keadaan si mati, mengapa responden tidak dapat melihatnya?," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular