Kempen boikot boleh lahirkan masyarakat kreatif, kata pensyarah

Shopee Sale

Kempen memboikot syarikat francais luar negara sewajarnya menjadikan masyarakat lebih kreatif menghidupkan ekonomi tempatan, kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Ruzita Mohd Amin.

Dia menegaskan syarikat-syarikat F&B (makanan dan minuman) tempatan pula patut mengambil peluang dari kempen gerakan tersebut untuk meningkatkan mutu produk mereka agar lebih digemari oleh pengguna.

“Saya percaya dengan kempen memboikot rangkaian kedai F&B seperti KFC, McDonald's dan Starbucks akan menyebabkan masyarakat mencari alternatif lain untuk mendapatkan produk yang seakan-akan sama," katanya kepada Malaysiakini.

Mengenai isu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan kesan daripada kempen boikot, pensyarah di Jabatan Ekonomi Kulliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan di UIA itu menjelaskan mereka sepatutnya tidak bermasalah untuk mencari tempat lain sebagai punca rezeki.

Tambahnya, secara umumnya pekerja sektor F&B terdiri terdiri daripada pekerja kelas kemahiran rendah, justeru mereka tidak ada masalah untuk mendapat peluang di tempat lain.

“Dengan segala kemahiran yang ada, saya percaya mereka mudah mendapat pekerjaan di syarikat F&B lain.

"Tambahan pula mereka harus lebih berani mencabar diri dengan membuka perniagaan sendiri dengan bakat yang mereka ada,” katanya.

Ruzita Mohd Amin

Hari ini tular beberapa hantaran mengenai penutupan sejumlah rangkaian restoran makanan segera yang dikaitkan dengan kesan gerakan kempen anti-Israel.

Ia merupakan rentetan kepada kemarahan orang ramai terhadap keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Antara jenama utama yang disasarkan oleh kempen tersebut ialah McDonald's dan KFC.

Bagaimanapun kempen tersebut dilihat memberi kesan lebih besar kepada syarikat tempatan yang mengendalikan jenama berkenaan, selain ribuan pekerja mereka, termasuk dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU).

Turut terjejas dengan penutupan atau pengecilan operasi syarikat berkenaan ialah pembekal dalam kalangan ahli perniagaan bumiputera.

Boikot buat rasa dilema

Menurut Ruzita bagi syarikat pembekal kepada rangkaian jenama terbabit, mereka perlu lebih versatil untuk memasarkan produk masing-masing.

“Mereka tidak boleh hanya berharap kepada KFC.

"Sebagai peniaga yang bijak mereka harus mencari syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi menjadi sumber penerima baru mereka,” katanya.

Rozita yang turut seorang ahli akademi OKU melihat terjejasnya perniagaan F&B seperti KFC tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan golongan terbabit.

“Bagi saya sekarang ini, banyak syarikat besar seperti Maybank, Petronas dan Sen Heng mengamalkan dasar mesra OKU agar menepati garis panduan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dikemukakan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Maka tidak salah untuk mereka mencari alternatif di tempat kerja lain.

“Saya juga percaya OKU harus dilatih dan diasah dengan latihan berkemahiran tinggi yang disediakan oleh kerajaan dan NGO agar mereka boleh bermandiri dalam menambahkan hasil pendapatan,” katanya.

Mohd Hidayat Mohd Rashid

Sementara Pertubuhan Gerakan OKU (Fizikal) Berdikari Kebangsaan (Penggerak) menganggap penutupan rangkaian restoran makanan segera akan memberi kesan besar kepada OKU.

Pengerusinya, Mohd Hidayat Mohd Rashid, berkata kebanyakan syarikat memang tidak mesra OKU kerana mereka tidak yakin golongan terbabit boleh menyumbang kepada pembangunan perniagaan.

Pada masa sama Mohd Hidayat mengakui, isu boikot menjadi dilema kepada masyarakat Muslim di Malaysia kerana mereka juga sedar pentingnya sokongan diberi kepada rakyat Palestin.

MENARIK:  20 ahli 'geng TR' dihadapkan ke mahkamah

“Saya secara peribadi ikut juga kempen boikot ini. Namun bagi saya janganlah keterlaluan mempromosikan kempen ini seakan-akan menjadi satu kewajipan.

"Sesiapa saja berhak membuat keputusan untuk memboikot atau tidak dalam isu ini.

“Jangan sampai kempen itu meranapkan perniagaan yang memberikan banyak peluang ekonomi kepada orang bumiputera,” katanya.

Memang perkara biasa

Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, melihat agak terlalu cepat untuk membuat penilaian bahawa kempen boikot menjadi sebab utama penutupan rangkaian restoran makanan segera di negara ini.

“Ada banyak faktor yang harus diambil kiranya.

"Contohnya kos pengurusan yang semakin tinggi di kala keadaan ekonomi yang perlahan ini,” katanya.

Afzanizam melihat keputusan yang diambil oleh pemilik perniagaan KFC Maaysia, QSR Brands (M) Holdings Bhd, yang juga anak syarikat Perbadanan Johor (JCorp) - lebih berbentuk langkah komersil.

“Menjadi lumrah untuk sesebuah syarikat yang mempunyai banyak cawangan untuk menilai prestasi francais mereka dari semasa ke semasa sama ada ia menguntungkan atau merugikan.

"Hal ini biasa berlaku termasuk dalam kalangan bank,” katanya.

Mohd Afzanizam Abdul Rashid

Mengulas isu sama, Persatuan Pengguna Kedah melihat sewajarnya pihak kerajaan memikirkan alternatif untuk mengangkat ekonomi tempatan sekiranya kempen boikot berkenaan memaksa syarikat F&B tertentu menggulung tikar.

Presidennya Mohamad Yusrizal Yusoff berkata dia sendiri kurang gemar akan kempen boikot ke atas sesebuah syarikat yang tidak ada bukti jelas menyalurkan dana kepada Israel.

"Ditambah lagi syarikat yang diboikot merupakan pemain besar dalam industri tempatan. Segala rantaian seperti syarikat pembekal bumiputera akan terjejas.

“Ketika saya mengakui penggguna ada hak untuk tidak membeli sesuatu produk, saya juga melihat segala penjelasan yang diberikan tetap tidak akan mengubah pendirian masyarakat.

“Oleh sebab itu saya melihat inilah peluangnya syarikat-syarikat tempatan untuk menampung kembali impak negatif kepada pekerja tempatan yang berlaku akibat kesan boikot ini,” katanya.

Mohamad Yusrizal Yusoff

Yusrizal juga menyarankan agar pengusaha F&B tempatan membentuk satu rangkaian atau persatuan yang kukuh agar mereka dapat bantu membantu antara satu sama lain.

  • Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular