Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan – Sim

Shopee Sale

Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Hari Pekerja semalam tidak seharusnya dijadikan perdebatan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan menghargai semua golongan pekerja di negara ini dan ia telah dibuktikan menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif dalam usaha memastikan pekerja di sektor swasta mendapat gaji lebih tinggi seiring peningkatan produktiviti.

"Penjawat awam ini merupakan petugas barisan hadapan. Kalau kita nak ekonomi negara rancak supaya boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik, maka kita perlukan penjawat awam yang mempunyai produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi.

"Maka, dengan penghayatan dan penghargaan yang diberi kepada penjawat awam, saya yakin ia akan memberikan motivasi kepada penjawat awam terus melaksanakan tugas mereka untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Suara Anak MADANI di Hulu Selangor malam tadi.

Anwar semalam mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara dan kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

MENARIK:  1MDB: Bekas CEO AmBank cuba sembunyikan salah laku, kata Zeti

Mengulas lanjut, Sim berkata negara telah mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lepas hasil daripada dukungan semua pihak termasuk penjawat awam.

"Dengan adanya pelaburan ini, baru ekonomi kita mengembang dan seterusnya akan ada peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih baik. Jadi, ada hubungan simbiosis ataupun kerjasama, ia bukan satu persaingan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular