Kenapa pembinaan Pan Borneo di Sabah perlahan berbanding S’wak, soal MP

Shopee Sale

PARLIMEN | Masalah ketika proses pengambilan balik tanah dan implikasi daripada pertukaran kaedah pelaksanaan projek menjadi antara faktor pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah lebih perlahan berbanding di Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata selain itu perubahan kontrak dan keperluan penambahbaikan kapasiti serta kepakaran teknikal sedia ada juga menjadi antara cabaran pelaksanaan projek itu di Sabah.

“Berbanding LPB Sarawak yang bermula pada 2015, LPB di Sabah pula bermula pada 2016. Seterusnya, hanya sebahagian daripada 35 Pakej Kerja diteruskan pembinaan manakala baki pakej kerja yang lain, iaitu Fasa 1B terpaksa diteliti semula susulan perubahan kaedah pelaksanaan tersebut dan hanya akan bermula pada tahun ini.

“Pada masa yang sama, seperti projek-projek kerajaan lain, pandemik COVID-19 juga memberi kesan ke atas kemajuan kerja dan kos pembinaan Projek LPB Sabah, namun kerajaan sentiasa prihatin dan komited dalam memastikan kelancaran dan kelangsungan projek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi kamar khas, Dewan Rakyat hari ini sebagai maklum balas terhadap isu yang dibawa oleh Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) berhubung kemajuan LPB Sabah yang disifatkan perlahan berbanding LPB Sarawak.

Nanta berkata sebagai langkah penambahbaikan, Perunding Pengurusan Projek (PMC) telah dilantik untuk membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mempercepatkan pelaksanaan projek melalui pelbagai pelan mitigasi antaranya menyelaras semula jadual pembinaan dan memberikan Lanjutan Masa (EOT) kepada kontraktor.

MENARIK:  ‘Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit’

“Bagi 19 Pakej Kerja Projek LPB Sabah Fasa 1B, kerajaan kini sedang memuktamadkan proses perolehan dan dijangka akan selesai pada suku kedua 2024, sekali gus melengkapkan keseluruhan jajaran Projek LPB Sabah Fasa 1,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular