Kepala air di Sabah: Bomba selamatkan 45 orang

Shopee Sale

Seramai 45 individu termasuk tujuh kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperanangkap di seberang sungai dalam kejadian kepala air ketika sedang menjalankan aktiviti memancing di sebuah kolam berhampiran Jalan Tandek Kampung Longob, Kota Marudu, petang semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian terletak 14 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.11 petang semalam.

"Terdapat 45 individu terdiri 23 lelaki dan 15 wanita dewasa bersama tujuh kanak-kanak terperanangkap di seberang sungai akibat berlaku kepala air yang menyebabkan jambatan di sungai berkenaan rosak dibawa arus deras.

"Anggota bomba menyelamatkan semua mangsa menggunakan tali dan tangga serta tiada kecederaan dilaporkan," menurut kenyataan itu.

Operasi menyelamat tamat pada 6.47 petang semalam.

MENARIK:  Penduduk Sungai Bakap derita serangan lalat

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular