Keputusan BNM kekalkan OPR bantu kawal kos – FMM

Shopee Sale

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah memberi manfaat kepada sektor pembuatan dan industri lain berikutan langkah itu membantu mengawal kos, kata Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai.

“Jika OPR naik, beban kewangan industri (sektor pembuatan) akan meningkat.

“Langkah ini memberi impak besar kepada industri dan individu,” katanya kepada media pada pembentangan hasil Kajian Keadaan Perniagaan FMM.

Pada 7 Mac, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk mengekalkan kadar OPR pada 3.00 peratus dan pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” menurut bank pusat itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular