Keputusan speaker tak terjejas peraturan antilompat DAP

Shopee Sale

PARLIMEN | Setiausaha Agung DAP Anthony Loke percaya peraturan antilompat partinya tidak terjejas dengan keputusan speaker baru-baru ini terhadap enam bekas ahli parlimen Bersatu.

Loke menjelaskan ini kerana tidak seperti Bersatu, parti itu telah menggubal peruntukan itu sebelum pilihan raya umum.

"Maka semua calon yang bertanding atas tiket kita sebagai calon daripada parti DAP telahpun terikat dengan fasal dalam perlembagaan parti tersebut iaitu sekiranya seseorang itu tidak menghindari ataupun tidak mengikut perintah ataupun arahan daripada pucuk kepimpinan, maka kerusi itu akan dikosongkan melalui notis kepada speaker.

"Syarat ataupun fasal itu telahpun berada dalam perlembagaan parti kita sebelum pilihan raya umum...

"Dalam kes Bersatu, apa yang saya difahamkan oleh pandangan-pandangan daripada beberapa perguam dan juga termasuk daripada Biro Guaman kita, dalam kes Bersatu, mereka adalah sedikit berlainan sebab pindaan perlembagaan itu berlaku selepas pilihan raya umum," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolak permintaan Bersatu untuk memecat enam ahli parlimen yang dilucutkan keahlian parti mereka selepas gagal mematuhi peraturan terkini.

MENARIK:  Tiada bau busuk, penjaga dusun tak sangka ada rangka manusia

Peraturan itu, sama seperti yang dilaksanakan oleh DAP, Amanah dan Umno menghukum ahli parlimen yang berpaling tadah dengan melucutkan keahlian mereka.

Dalam surat Johari yang dilihat oleh Malaysiakini, speaker berhujah peraturan Bersatu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan parlimen yang menjamin kebebasan ahli parlimen untuk bersuara, berdebat dan mengundi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular