Keputusan SPM kekal pada 27 Mei – Fadhlina

Shopee Sale

Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata pengundian tarikh tersebut juga, tidak akan menjejaskan peranancangan cuti guru, kerana keputusan SPM boleh juga diperolehi secara dalam talian.

“Dalam hal ini (tarikh pengumuman keputusan SPM) kita mendengar semua pandangan, apatah lagi yang berkait rapat dengan kesejahteraan guru. Saya tekankan kita akan kekal (tarikh keputusan) itu pada 27 hari bulan ini sebagaimana yang telah kita umumkan,” katanya selepas merasmikan Karnival HIP peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), merayu KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini, susulan guru-guru sudah membuat peranancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.

MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan Rumah Bonda cabar perintah JKM tutup premis

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular