Kerajaan bangunkan indikator untuk ukur tahap keterjaminan makanan

Shopee Sale

Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu adalah antara inisiatif yang diperhalusi bagi memastikan keterjaminan makanan pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2024, semalam. 

Beliau berkata inisiatif lain adalah melibatkan semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan, yang akan mengadakan kolaborasi bagi menawarkan tanah yang belum dibangunkan untuk dimanfaatkan bagi program penanaman bawang. 

"Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kadar kebergantungan terhadap import bawang sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata turut ditetapkan ialah polisis penghasilan dan penjualan daging kultur dan hasil daging kultur serta cell-based food di Malaysia, tidak akan dibenarkan sehingga penetapan standard peringkat antarabangsa dimuktamadkan.

Selain itu transformasi perubahan struktur ke atas sektor padi dan beras negara turut dicadangkan, antaranya seperti pembukaan agihan baja berpusat, penggantian subsidi input kepada subsidi output, penggemblengan big data serta penggunaan teknologi digital.

Fadillah berkata cadangan berkenaan akan diteliti, dengan mengambil kira input semua pemegang taruh sebelum dilaksanakan.

Sementara itu beliau berkata Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman (GPP KiTa) juga akan dibangunkan sebagai instrumen memudah cara dan menyokong ekosistem industri tanaman makanan, khususnya melalui kaedah tanaman Kilang Tanaman (Plant Factory).

“Teknologi nuklear di bawah Agensi Nuklear Malaysia juga akan diteroka yang boleh menyumbang kepada keselamatan dan keterjaminan makanan negara seperti teknik isotop stabil bagi penjejakan dan ketulenan makanan, teknologi penyinaran makanan, teknik penyurih.

MENARIK:  Zafrul: Ada beberapa 'kesilapan fakta' pada afidavit Zahid

“Ini untuk kelestarian tanaman makanan, biak baka mutasi sinaran untuk penghasilan varieti baru tanaman makanan dan teknik pensterilan serangga (SIT)," katanya. 

Mendepani situasi ini Fadillah berkata pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) amat penting bagi memantapkan aspek keterjaminan makanan dalam berhadapan dengan persekitaran yang sentiasa berubah, tidak menentu, rumit dan samar, demi kelangsungan keterjaminan makanan negara. 

Justeru katanya saranan konstruktif yang diketengahkan dalam mesyuarat itu akan ditambah baik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara nanti.

"Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tahap keterjaminan makanan negara stabil dan mampan, seiring dengan konsep Keterjaminan Makanan adalah Tanggungjawab Bersama," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular