Kerajaan digesa pinda perlembagaan isu pelantikan pengerusi SPR

Shopee Sale

Tindak Malaysia menggesa pindaan perlembagaan berhubung pelantikan pengerusi dan pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), untuk memberikan keyakinan orang ramai kepada suruhanjaya itu.

Ini selepas kerajaan melantik dua ahli utama suruhanjaya itu tanpa melalui sebarang rundingan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi.

“Memandangkan pilihan raya adalah asas penting bagi mana-mana demokrasi perwakilan, SPR yang teguh, dinamik dan bebas adalah penting untuk tadbir urus Malaysia.

"Hari ini adalah hari terakhir pengerusi SPR semasa Abdul Ghani Salleh. Dengan pelantikan Sapdin Ibrahim baru-baru ini untuk mengisi jawatan pesuruhjaya yang kosong terakhir, persoalan utama ialah siapa yang akan menjadi pengganti pengerusi SPR.

"Pelantikan Sapdin dan Lee Bee Phang baru-baru ini menimbulkan persoalan penting mengenai pendirian kerajaan terhadap reformasi pilihan raya dan institusi," kata pengarah kumpulan reformasi pilihan raya Danesh Prakash Chackho dalam satu kenyataan hari ini.

Kebimbangan sama mengenai perkara itu disuarakan Bersih semalam, yang mempersoalkan mengapa dua pelantikan utama itu dibuat tanpa proses terbuka dan telus.

Mengulas lanjut, Danesh berkata pelantikan baru-baru ini memerlukan pindaan kepada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan pelantikan SPR.

Pertama, komposisi SPR, termasuk pengerusi, timbalan dan pesuruhjayanya, juga harus mendapat persetujuan daripada ketua pembangkang, kata Danesh.

"Ahli SPR hendaklah diambil daripada pelbagai sektor dan profesion dan sepatutnya menunjukkan pengetahuan atau minat dalam hal-hal pilihan raya. Sekurang-kurangnya seorang ahli hendaklah datang dari Sabah dan Sarawak.

"Daripada menggunakan perkataan semasa - 'menikmati keyakinan orang ramai', penekanan untuk memastikan SPR bebas akan dimasukkan," kata Danesh.

“Yang Di-Pertuan Agong hendaklah mengaturkan perbicaraan awam di hadapan hakim Mahkamah Persekutuan yang dicalonkan oleh Ketua Hakim Negara Malaysia mengenai kesesuaian ahli yang dicadangkan untuk dilantik dan dapatan itu hendaklah dibentangkan untuk pertimbangan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.

MENARIK:  Kebebasan media: Dari Reformasi, 1MDB  ke era Madani

Danesh berkata Tindak Malaysia telah mengemukakan cadangan komprehensif dalam merombak proses pelantikan anggota SPR melalui pelbagai jawatankuasa dari 2018 hingga 2023.

Adalah penting bagi SPR untuk diterajui oleh kepimpinan yang mantap dan dinamik, memandangkan potensi persempadanan semula, pangkalan pengundian pos yang diperluas dan kecekapan kakitangan pengundian yang diperlukan, tegasnya lagi.

"Adalah mustahak kerajaan sedia ada menimbulkan keyakinan orang ramai tentang kesediaan melaksanakan reformasi pilihan raya. Dalam jangka panjang, pindaan perlembagaan akan diperlukan untuk menjamin kebebasan SPR.

“Memandangkan pilihan raya memberi keabsahan kepada kerajaan persekutuan dan negeri, kami menyeru kerajaan sedia ada untuk menunjukkan komitmen pembaharuannya dengan merujuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sedia ada dan bersedia untuk pindaan perlembagaan yang lebih meluas mengenai pilihan raya.

"Masa adalah singkat dan tidak boleh disia-siakan untuk peluang keemasan ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular