Kerajaan teruskan sistem e-Jamin

Shopee Sale

Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat keputusan untuk meneruskan penggunaan sistem e-Jamin

"(Ini) selari dengan aspirasi Kerajaan Madani dan hasrat YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggalakkan inisiatif pendigitalan sistem perkhidmatan kerajaan bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya," kata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM pada satu kenyataan semalam.

"BHEUU JPM ingin menegaskan bahawa keputusan pembatalan ini telah diambil tanpa sebarang pengetahuan dan perbincangan dengan bahagian ini yang sepatutnya ia perlu dirujuk dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang berkaitan," katanya lagi.

Semalam, kira-kira 50 peguam menandatangani memorandum petisyen terhadap Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung keputusan mengejut mahkamah membatalkan sistem pengurusan ikat jamin elektronik, e-Jamin.

"Pada pandangan kami membatalkan sistem ini selepas empat tahun adalah langkah kebelakang yang berpotensi membebankan orang ramai," kata para peguam itu.

Ini selepas Badan Peguam Malaysia dalam pekelilingnya minggu ini memaklumkan sistem e-Jamin tidak lagi digunakan mulai 20 Mei.

Bermula dari tarikh itu, sistem digital yang diperkenalkan empat tahun lalu akan digantikan dengan sistem manual seperti sebelumnya, yang menurut peguam mempunyai banyak kelemahan.

Menurut mereka, salah satu masalah utama sistem manual ialah wang ikat jamin yang dibayar tertuduh hanya boleh dikembalikan dalam tempoh tujuh hari, manakala dengan e-Jamin, jumlah wang itu boleh dikembalikan serta-merta selepas selesai kes.

Ini bermakna dalam kes di mana defendan dikenakan hukuman denda, mereka boleh mendapatkan wang yang telah dibayar untuk ikat jamin bagi membayar denda yang dikenakan ke atas mereka pada hari yang sama.

Tambahan pula, kata mereka, sistem manual menjadikan bayaran ikat jamin lebih menyusahkan dan tidak cekap, selain boleh menyebabkan tertuduh direman sementara proses itu diselesaikan.

MENARIK:  K'jaan tak mahu isu stoking 'ditunggang' pihak berkepentingan

Dalam petisyen mereka, peguam juga menyatakan tiada alasan diberikan untuk pembatalan e-Jamin, atau bila ia akan digantikan dengan sistem elektronik lain.

Sistem e-Jamin dikendalikan oleh Dapat Vista (M) Sdn Bhd, anak syarikat firma tersenarai Pertama Digital Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pertama Digital memaklumkan pada 30 April, bahawa Dapat Vista menerima arahan daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk menghentikan operasi e-Jamin selepas 19 Mei dan memindahkan semua dana dan faedah terakru kepada JPM.

Sistem e-Jamin ialah sumber pendapatan Pertama Digital dan telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang membawa kepada pemulihan kewangan syarikat itu pada suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2023 selepas mengalami beberapa kerugian, menurut laporan The Edge.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular