Kes bunuh pelajar kolej vokasional disebut semula 27 Jun

Shopee Sale

Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Mereka yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Prosiding hari ini dijalankan di hadapan majistret Nur Asyraf Zolhani dan berlangsung secara tertutup kerana ia melibatkan tertuduh yang masih di bawah umur.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Ng Juhn Tao manakala tujuh daripada 13 remaja terbabit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Chen Wen Jye dan Amirul Amin Rashid.

Seorang lagi remaja diwakili peguam Abdul Gani Zelika manakala lima lagi tidak diwakili peguam.

Ram memberitahu pemberita laporan kimia serta bezah siasat kes itu masih belum siap, justeru mahkamah menetapkan tarikh lain untuk penyerahan dokumen.

MENARIK:  Exco: Masalah murid SRA tiada kerusi, meja selesai dalam masa terdekat

Dia turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan jaminan untuk tujuh anak guamnya di Mahkamah Tinggi Tawau esok.

Pada 22 Mac lepas, Mohamad Nazmie Aizzat ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian tubuh di sebuah bilik asrama kolej itu.

Berikutan itu 13 pelajar kolej vokasional itu ditahan reman.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular