Kes nota ugutan terhadap Nga: Polis rakam keterangan 11 saksi

Shopee Sale

Polis Perak telah merakam percakapan 11 individu berhubung nota ugutan yang diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming daripada individu tidak dikenali pada 7 Mac lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata antara yang dirakam percakapan adalah kalangan anggota keluarga terdekat serta jiran kepada ahli Parlimen Teluk Intan itu.

“Kita juga telah periksa kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tol Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) serta stesen minyak berhampiran kawasan kediaman keluarga beliau (Nga Kor Ming).

“Siasatan masih diteruskan dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk tampil membantu polis bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-217 Tahun 2024 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

Pada 7 Mac lepas media melaporkan kediaman ibu bapa kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu di Jalan Ling Sing Hang dekat Ayer Tawar di Ipoh ditaburi kertas yang tertulis nota berunsur ugutan.

Nota ugutan terhadap Kor Ming itu juga ditemukan ibu beliau di hadapan rumah keluarga beliau di Ayer Tawar, Manjung dekat Ipoh sekitar pukul 7.30 pagi.

Sementara itu Mohd Yusri berkata pihaknya telah memproses 443 permohonan permit bagi penjualan bunga api dan mercun sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

MENARIK:  Kanak-kanak maut jatuh kondo: Polis rakam keterangan ibu bapa esok

Beliau berkata daripada jumlah itu 217 permit diluluskan, 225 masih dalam proses semakan dan satu tidak diluluskan ekoran pemohon mempunyai rekod jenayah lampau.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular