Kes OKU dipukul: Polis beri petunjuk identiti penyerang, kata peguam

Shopee Sale

Pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didakwa menyerang pemandu e-hailing yang pekak terkait dengan pasukan polis, kata peguam N Surendran.

"Ia adalah petunjuk (polis) yang telah diberikan kepada kami, tetapi pengesahan identiti dan semua itu, saya fikir kita perlu menyerahkannya kepada polis.

"Mereka sedang menjalankan siasatan. Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai perkara itu, tetapi itulah petunjuk yang diberikan (polis)," katanya yang mewakili Ong.

Surendran memberitahu media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini selepas mangsa serangan Ong Ing Keong, 46 tahun, diambil keterangan selama lebih empat jam.

Surendran bersama penasihat Lawyers For Liberty, Latheefa Koya, Ong dan seorang jurubahasa tiba di Bukit Aman sekitar jam 10:45 pagi tadi.

[Baca berita asal]

MENARIK:  Orang boikot KK Mart lawan prinsip keadilan Islam, kata mufti Perak

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular