Kes pecah rumah Kieda Crepe: Empat individu direman 6 hari

Shopee Sale

Polis menahan empat individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe pada 25 April lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman berkata kesemua mereka ditahan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi sejurus selepas selesai prosiding sebutan bagi satu kes pecah rumah di sana.

Dia berkata mereka yang dipercayai rakan berusia antara 20 hingga 27 tahun itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth untuk mendapatkan perintah reman.

“Reman terhadap kesemua suspek dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga 11 Jun ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dengan tertangkapnya suspek ini, kita percaya dapat menyelesaikan kes pecah rumah Kieda Crepe,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, kediaman pempengaruh yang juga usahawan pencuci mulut di Pokok Sena di Butterworth dipecah masuk perompak yang turut melarikan barang kemas hingga menyebabkan dia kerugian ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, tiga hari lepas Kieda telah memuat naik video di akaun TikTok selepas mendakwa masih tiada tangkapan dibuat terhadap suspek meskipun kejadian sudah 40 hari berlalu dan mendakwa kejadian itu menyebabkan dia kerugian RM800,000 selepas pelbagai barang kemas yang disimpan di dalam peti besi dilarikan perompak yang memasuki kediamannya melalui tingkap.

MENARIK:  GIP jawab kontroversi ambil alih saham MAHB

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular