Kes pengiring TMJ pukul OKU: Polis sudah soal siasat 12 orang

Shopee Sale

Seramai 12 individu dipanggil memberi keterangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan seorang pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU) dipukul pengawal pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, mereka termasuk, mangsa, suspek, kakitangan hotel di tempat kejadian, anggota Unit Gerakan Khas Polis, pasukan pemandu Pemangku Sultan Johor, rakan pengadu, seorang doktor dan pengarah operasi Grab.

Razarudin Husain

“Walaupun pengadu (mangsa) dalam kes ini telah menarik laporan polis, namun hasil sambungan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati pengadu masih berminat dan ingin meneruskan kes ini.

"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Ketua Bahagian Pendakwaan, pada jam 8.30 pagi semalam, untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan tatatertib.

Dia, sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang tidak tepat termasuk mengaitkan kes ini dengan Institusi Diraja.

"Sebarang tindakan maklumat tidak benar boleh menjejaskan siasatan yang dibuat," katanya.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Kes itu sebelum ini turut mendapat perhatian Tunku Ismail yang juga adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian berkenaan.

Baginda turut bertitah untuk tidak sesekali membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang berlaku.

Jumaat lalu, Razarudin menegaskan bahawa polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berdasarkan perkembangan terkini dan akan memanggil semua pegawai terbabit dalam kes tersebut dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

MENARIK:  WHO: Lebih 8,000 kanak-kanak Gaza alami kurang zat makanan akut

Sementara itu, sehingga jam 2.50 petang tadi, pengadu Ong Ing Keong, 46, masih belum keluar daripada Bukit Aman, selepas dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Ong Ing Keong (kanan)

Ong ditemani peguam Lawyers For Liberty (LFL) Latheefa Koya dan N Surendran, memasuki Bukit Aman pada jam 10.45 pagi tadi.

Pada kejadian 28 Mei lalu, Ong yang juga pemandu e-hailing, membuat laporan polis pada hari sama, selepas mendakwa dipukul seorang pengawal pengiring ketika sedang menunggu penumpangnya di lobi Hotel St Regis dekat KL Sentral di ibu negara.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular