Kes rasuah pemimpin Bersatu – Pendakwaan panggil 47 saksi

Shopee Sale

Bekas pengurusan tertinggi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF) adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh berkata senarai lengkap nama dan jawatan saksi pendakwaan itu hanya akan dimaklumkan pada waktu perbicaraan kelak.

Ketika sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin hari ini Farah Yasmin berkata pihaknya telah menyerahkan senarai 47 nama saksi pendakwaan itu kepada pihak pembelaan dan memohon supaya saksi-saksi berkenaan tidak diganggu sepanjang kes berjalan.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyerahkan pernyataan saksi-saksi pendakwaan kepada pembelaan dalam tempoh 14 hari mengikut peruntukan di bawah Seksyen 402B Kanun Tatacara Jenayah sebelum saksi dipanggil memberi keterangan di mahkamah.

"Namun dokumen-dokumen berkaitan kes ini telah diserahkan kepada pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah," katanya.

Peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Adam Radlan mengesahkan telah menerima dokumen-dokumen berkenaan.

Mahkamah kemudian mengarahkan setiap pernyataan saksi pendakwaan diserahkan kepada pembelaan dalam tempoh 14 hari sebelum saksi dipanggil memberi keterangan dan menetapkan 9 Mei untuk sebutan kes.

Tarikh perbicaraan selama 15 hari bermula Mei ini iaitu pada 27 hingga 29 Mei, 10 hingga 12 Jun, 9 hingga 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024 yang ditetapkan sebelum ini, dikekalkan.

Pada 21 Feb tahun lepas Adam Radlan didakwa dengan satu pertuduhan meminta suapan wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat, yang merupakan Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Dia turut didakwa satu lagi pertuduhan menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah, kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

MENARIK:  Mitra lancar tinjauan cabaran dihadapi masyarakat India

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Dutamas dan CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 Nov 2021.

Sementara itu pada 22 Feb 2023, Adam Radlan didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tian Chuan dan Mat Jusoh, sebagai upah bagi tertuduh membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy bagi mendapatkan dua projek jenis sama (Jana Wibawa).

Pada 28 Feb tahun lepas, dia sekali lagi didakwa iaitu secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian, sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular