Kes serangan Balai Polis Ulu Tiram terus jadi tumpuan

Shopee Sale

Kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang menggegarkan negara semalam, terus menarik tumpuan pelbagai pihak hari ini termasuk pengamal media yang berkampung di beberapa lokasi di Johor Bahru, bagi membuat liputan perkembangan semasa.

Pengamal media pada awalnya berkumpul seawal 7 pagi di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendengar permohonan reman tujuh suspek kes berkenaan, namun terpaksa bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, selepas diberitahu permohonan reman akan dibuat di IPD berkenaan atas faktor keselamatan.

Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin kemudiannya mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 Mei terhadap tujuh individu, untuk siasatan di bawah Seksyen 302.

Individu yang direman itu terdiri daripada lima anggota keluarga suspek, berumur antara 19 hingga 62 tahun yang ditahan di kediaman mereka, awal pagi semalam serta dua penuntut kolej berusia 21 dan 22 tahun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama, mengesahkan semua suspek yang direman merupakan rakyat tempatan.

Di HSI, pengamal media telah berkumpul seawal 6.30 bagi mengikuti perkembangan pengurusan jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, yang maut dalam serangan berkenaan.

Jenazah kedua-dua anggota polis itu dibawa keluar pada 9.15 pagi menuju ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor di sini, untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, selain ratusan anggota polis.

Majlis penghormatan turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan berangkat menziarah jenazah dua anggota polis berkenaan, serta meluangkan masa menyantuni ahli keluarga kedua-kedua mangsa.

MENARIK:  Penganalisis: Kerajaan tetap utuh walau Akmal bikin kecoh

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda buat kedua-dua keluarga.

Usai solat jenazah, dua keranda yang ditutupi Jalur Gemilang dibawa masuk ke van jenazah dengan penuh penghormatan, dan kedua-dua jenazah dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing pada 11.55 pagi untuk urusan pengebumian.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak pada 6.43 petang, manakala Allahyarham Muhamad Syafiq, 24, di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang pada 5.50 petang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular